Le Tour Europe

Assalamualaikum wbt

EUROPE?? Korang pernah pergi europe?? ape yang ade kat europe ni?? best sangat ke?? ade orang cakap " best giler kat europe tu.. dah la cantik, romantik, maju, standard, kalau boleh memang nak tinggal la kat sana. Ada orang cakap pulak " buat apa pegi negara Eropah ni. Dah la mahal, makanan halal pun susah nak cari. Buat ape la nak tambahkan ekonomi musuh Islam ni. Ade pulak kata " tak payah susah-susah nak jalan jauh-jauh, duk umah tengok discovery channel pasal europe pun dah ok. macam travel jugak ape!!" Wah.. orang melayu ni kalau bercakap mesti alasan diorang la paling macho sekali kan..huhuh. Rasanya semua orang ade pendapat masing-masing mengenai EROPAH. Samada baik atau bruk itu bergantung pada diri masing-masing.

ok.EROPAH..Untuk orang malaysia ada satu kelebihan sebenarnya untuk melawat negara-negara eropah ni yang mana mereka tak memerlukan visa untuk masuk. wah!! tak sia-sia dulu negara kita kena jajah kan. Tue yang buat orang morocco jeles dengan orang malaysia ni. Senang-senang hati jer masuk free. Diorang yang berjiran dengan Eropah plak kena pakai visa untuk masuk. Dan masalah visa ni jugak la menyebabkan berlaku sedikit insiden yang hampir menyebabkan kami terlepas flight ke France. Terlepas flgiht?? France?? yups!! Aku pergi Eropah musim panas lepas buat sesiapa yang belum tahu lagi. Kenapa?? Nak cari pengalaman jalan kat negara bukan Islam. Actually, ni 1st time sampai negara bukan Islam. Dan mcam2 pengalaman yang sebenarnye dapat kita ambil dari negara bukan Islam ni. Yang baik pun ada yang tak baik tue sudah pasti lah kan!!

penerbangan yang digunakan jet4you

Tak mahal ke?? soalan yang pasti ditanya kepada orang yang sudah pergi. Ok kalau dari malaysia tue memang la mahal. Tapi kalau dari Morocco tu agak mudah. Kalau ambil feri dari morocco ke spain cuma 40 euro (rm 200) atau naik flight dari morocco ke france dalam 23 euro (rm 132) tapi yang ini kena tempah pakai internet la dan tempahan di buat 6 bulan lebih awal la. ( perancangan awal tuh!!!) kitorang jugak masa tuh dah buat tempahan train untuk sebulan dengan harga 450 euro yang mana korang leh merentas negara2 eropah ni menggunakan train dengan free pada bila2 masa yan korang suka tapi adelah kaedah2nye.. kalau korang betol2 berminat nanti aku leh citer secara details.

tiket train memusing Europe EURAIL PASS

memang travel kitorang ni adventure habes la. Bayangkanlah student yang kedekot macam kitorang ni travel kat negara yang kaya pastu barang plak mahal macam tercekik tulang ayam. korang raselah habes tak kitorang pakai tiket keretapi sepanjang sebulan tu?? ke mungkin terlebih?? atau cukup2 sebulan travel kitorang?? ha.. masa tue pulak kitorang pegi dah nak masuk bulan puasa tau.. camne la agaknye ye dugaan bulan puasa kat negara orang ni. Nati aku cite kat korang camne "compli-k-ted " nyer travel kitorang nanti. macam2 perasaan la kat sana tuh..huhuhu
TO be continue... Chaos!!!!

p/s : minta maaf kepada penanda kertas soalan bahasa malaysia atau ahli2 pemelihara bahasa bagsa jika anda membaca blog saya kerana saya kurang menjaga penggunaan huruf kecil dan besar serta banyak bahasa pasar yang digunakan dalam entry saya.. hihi!!


 
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply