Lyon - The Silent City

Assalamualaikum


wah.. lame rasenye tak update blog nih.. bukannye aku ni jenis semnagat mula2 je atau takde cerita.. tapi malangnye boradband kat rumah tu..asyik buat hal je.. Kejap ok kejap tak.. Mana tak tension.. nasib baik sekarang nih kat rabat.. so boleh la nak update blog nih.. kasi nampak bernafas lagi.. nanti orang ingat tuan punye blog lupe password plak..heheh!!


Ok.. tuk entry kali nih.. aku nak kongsi sikit pasal tour aku kat europe.. my 1st city kat Europe ialah LYON, FRANCE. Ha..Kalau korang yang malas belajar geografi ni.. confirm tak pernah dengar nama bandar ni. Sama lah gak cam aku. Nih 1st time gak aku dengar...nasiib baik pegi dengan kopai.. dier ni memang pakar sikit bab2 jalan kat Eropah ni. Ok..Lyon.. Istimewanye kat Lyon nih.. Bandar dia sunyi sentiasa... kenderaan pun tak banyak.. memang tenang la kalau korang jalan kat sini.. bangunan macam biasa la.. agak tersusun dan klasik.. bangunan lama masih lagi tersimpan dan terjaga dengan baik la.. yang bestnyer kat lyon ni bandarnye memang bersih.. nak jalan pun senang.. nak tau kenapa..??

1st bile kitorang sampai je kat airport.. urusan memang senang la, polis pun takde buat hal. Kalau kat Morocco, ade dekat dalam 2 jam jugak tuk imrgresen saje. Adakah Morocco lebih hebat dari France?? huhu.. ok cumanye masalah kami tiba di Airport 1 pagi dan tak tahu nak pegi mana.. jadi terpaksa la tunggu sampai hari pagi dan ambil bas ke bandar Lyon. Dan setibanya di bandar, tak tahu pulak nak pegi mana.. jadi terpaksa la meringan kan mulut tanya orang. malangnye kat France, susah nak cari orang cakap inggeris. Terpaksa jugak la kami berbahsa isyarat dengan diorang. Konklusinye, kami menggunakan perkhidmatan metro. Kalau yang belom tahu, seronoknye mengguna metro ni, kita boleh beli tiket untuk satu hari dengan harga 5 euro kalau di Lyon dan kita boleh menggunakan 3 pengangkutan awam dengan satu tiket saje iaitu keretapi bawah tanah, bas dan tramway. Dan dengan tiket itu, kita boleh pusing seluruh Lyon. Camne?? Bagus tak.




Kami berjalan dari pagi.. dan yang meletihkan kami ialah apabila terpaksa memikul beg yang lebih kurang 10kg seorang.. berjalan sambil memikul.. memang meletihkan. Makanan kami pula hanya roti panjang perancis yang berharga RM6 sebiji dengan setin sardin. Bayangkan kehidupan disebalik keindahan.. haha.. dan setelah penat memusiang.. kami ambil keputusan untuk tidor di dalam bas. Jadi kami tidur di dalam bas sehingga bas tersebut telah pusing selama 3 pusingan di stesyen yang sama. Kat sana juga kami jumpe masjid dan tempat jemaah tabligh.. dan kagumnya saya dengan jemaah ni ialah kesederhanaan mereka dalam kehiduapan seharian dan penyerahan diri kepada Allah semata-mata dalam memperoleh rezeki.




Perjalanan di Lyon agar menggembirakan pada mulanya.. tapi akhirnya cukup meletihkan.. bayangkan perut yang biasa makan 2 3 pinggan nasi bersama ayam untuk tengahari digantikan hanya dengan roti perancis berinitkan sardin tin.. ditambah pula memikul 10kg dibelakang.. memang cukup mencabar. Dan berjalan di Lyon seperti mendaki bukit yang mana bermula dari bawah.. dan kemuncaknya ialah melihat bandar Lyon di puncak bukit. Kami habis berjalan di Lyon pada waktu petang.. dan agak meriah sebenarnya keadaan di waktu petang terutamanya di hadapan stesyen keretapi.. pelbagai pertunjukan dan kebudayaan... mungkin ini kebiasaan orang seperti mereka yang suka dihiburkan pada waktu lapang.. jam 6 petang, keretapi kami yang pertama ke Geneva, Switzerland. Camne kami kar Switzerland..??

To be continue..hehe!!