Karma



indahnya..

Apabila anda pernah menyayangi... anda akan disayangi
Apabila anda pernah mencintai... anda akan dicintai
Apabila anda pernah mengagumi.. anda akan dikagumi
Apabila anda pernah memaafi.. anda akan dimaafi
Apabila anda pernah mengasihi... anda akan dikasihi
Apabila anda pernah memudahi.. anda akan dimudahi
Apabila anda pernah meringani... anda akan diringani
Apabila anda pernah berbuat baik... anda akan dibuat baik
Apabila anda pernah membantu... anda akan dibantu

peritnya..

Apabila anda pernah melukai... anda akan dilukai
Apabila anda pernah membenci... anda akan dibenci
Apabila anda pernah menzalimi... anda akan dizalimi
Apabila anda pernah mengkhianati.. anda akan dikhianati
Apabila anda pernah memusuhi... anda akan dimusuhi
Apabila anda pernah menyakiti... anda akan disakiti
Apabila anda pernah menyusahkan... anda akan disusahkan
Apabila anda pernah menghancurkan... anda akan dihancurkan
Apabila anda pernah meninggalkan... anda akan ditinggalkan



kehidupan kita milik Allah swt. dia akan membalas setiap perbuatan kita di dunia lagi apatah lagi perbuatan kita itu melibatkan sesama hamba-Nya. kehidupan ini ibarat roda. kalau hari ini kita sedang menikmati kebahagiaan.. belum tentu kebahagiaan itu kekal selamanya..

yang penting kita sebagai hamba-Nya perlu bersyukur dengan nikmat yang diberikan dan redha atas setiap ketentuan yang telah ditetapkan ke atas diri kita. sabar dan tabah atas apa yang kita alami kerana setiap ujian yang ditempuhi itu ada mutiara yang akan diperolehi...!!!

Le Tour Europe

Assalamualaikum wbt

EUROPE?? Korang pernah pergi europe?? ape yang ade kat europe ni?? best sangat ke?? ade orang cakap " best giler kat europe tu.. dah la cantik, romantik, maju, standard, kalau boleh memang nak tinggal la kat sana. Ada orang cakap pulak " buat apa pegi negara Eropah ni. Dah la mahal, makanan halal pun susah nak cari. Buat ape la nak tambahkan ekonomi musuh Islam ni. Ade pulak kata " tak payah susah-susah nak jalan jauh-jauh, duk umah tengok discovery channel pasal europe pun dah ok. macam travel jugak ape!!" Wah.. orang melayu ni kalau bercakap mesti alasan diorang la paling macho sekali kan..huhuh. Rasanya semua orang ade pendapat masing-masing mengenai EROPAH. Samada baik atau bruk itu bergantung pada diri masing-masing.

ok.EROPAH..Untuk orang malaysia ada satu kelebihan sebenarnya untuk melawat negara-negara eropah ni yang mana mereka tak memerlukan visa untuk masuk. wah!! tak sia-sia dulu negara kita kena jajah kan. Tue yang buat orang morocco jeles dengan orang malaysia ni. Senang-senang hati jer masuk free. Diorang yang berjiran dengan Eropah plak kena pakai visa untuk masuk. Dan masalah visa ni jugak la menyebabkan berlaku sedikit insiden yang hampir menyebabkan kami terlepas flight ke France. Terlepas flgiht?? France?? yups!! Aku pergi Eropah musim panas lepas buat sesiapa yang belum tahu lagi. Kenapa?? Nak cari pengalaman jalan kat negara bukan Islam. Actually, ni 1st time sampai negara bukan Islam. Dan mcam2 pengalaman yang sebenarnye dapat kita ambil dari negara bukan Islam ni. Yang baik pun ada yang tak baik tue sudah pasti lah kan!!

penerbangan yang digunakan jet4you

Tak mahal ke?? soalan yang pasti ditanya kepada orang yang sudah pergi. Ok kalau dari malaysia tue memang la mahal. Tapi kalau dari Morocco tu agak mudah. Kalau ambil feri dari morocco ke spain cuma 40 euro (rm 200) atau naik flight dari morocco ke france dalam 23 euro (rm 132) tapi yang ini kena tempah pakai internet la dan tempahan di buat 6 bulan lebih awal la. ( perancangan awal tuh!!!) kitorang jugak masa tuh dah buat tempahan train untuk sebulan dengan harga 450 euro yang mana korang leh merentas negara2 eropah ni menggunakan train dengan free pada bila2 masa yan korang suka tapi adelah kaedah2nye.. kalau korang betol2 berminat nanti aku leh citer secara details.

tiket train memusing Europe EURAIL PASS

memang travel kitorang ni adventure habes la. Bayangkanlah student yang kedekot macam kitorang ni travel kat negara yang kaya pastu barang plak mahal macam tercekik tulang ayam. korang raselah habes tak kitorang pakai tiket keretapi sepanjang sebulan tu?? ke mungkin terlebih?? atau cukup2 sebulan travel kitorang?? ha.. masa tue pulak kitorang pegi dah nak masuk bulan puasa tau.. camne la agaknye ye dugaan bulan puasa kat negara orang ni. Nati aku cite kat korang camne "compli-k-ted " nyer travel kitorang nanti. macam2 perasaan la kat sana tuh..huhuhu
TO be continue... Chaos!!!!

p/s : minta maaf kepada penanda kertas soalan bahasa malaysia atau ahli2 pemelihara bahasa bagsa jika anda membaca blog saya kerana saya kurang menjaga penggunaan huruf kecil dan besar serta banyak bahasa pasar yang digunakan dalam entry saya.. hihi!!


Welcome To My World

Assalamualaikum wbt

Wow.. my 1st entry.. Excited!!! Aku dijangkiti virus "blogger" Argghhh..TIDAK!!! hehe..kalau kat malaysia tengah kecoh-kecoh pasal virus H1N1.. aku pulak terkena virus " blogger" nie. Akhirnyer selepas berminggu menghadap "LENOVO Y410" ni..Finally aku berjaya.. hehe.. thanks4 all my frenzz yang banyak support tuk rumah baru aku ni.. Rase macam tak caye yang aku akan ade blog sendiri.. tue la dulu suke perli org buat blog.. skrg kena batang hidung sendiri. padan muka!!! Blog nih takdelah hebat mane pun kan.. tapi tuk "junior" cam aku ni yg agak baru dlm dunia blog kire oklah.. byk jln atas kaki sendiri tau (mcm la selama nih jln atas kaki org len..) merah lagi!!! hehehe.. takde la.. kebykan blog yg aku bace slma nih kalau bukan hitam.. putih.. dan mungkin gak ade kaler lain tapi semestinye blog korang still da best la.. mungkin colur merah + dengan keserabutan atas2 tue menjelaskan keserabutan ( ade ke dlm kamus dewan..?? ) dalam jiwa aku.. ecehcehceh.. name blog pun complicated kan!!!

Tapi ade ker dalam dunia nie manusia hidup dengan tenang.. mana2 manusia pun jiwa mesti kacau-bilau.. yerlah mane ade rase nikmat kan hidup ni kalau takde masalah.. dalam masalah yang kita hadapi tue lah sebenarnya diselitkan bunga-bunga cintanya tol x?? Setiap insan itu dianugerahkan dengan kakalutan yang mana pada kekalutan itu ia akan menemui kebahagiaannye.. tak caye?? macam la bagus sgt aku ni bercakap.. padahal kalau ade prob skit konfem meraung..!!! masuk yang kali ni.. ade la dalam kali yang ke-14 umah aku tukar gelas.. ni gara2 complicated sgt la ni..huhuh.. Kalau kite lihat orang disekeliling kite.. bagaimana sebenarnye mereka?? Keadaan mereka..jiwa mereka.. hati mereka..?? lagi2 pada usia remaja.. anda akan merasa sesuatu yang cukup luar biasa.. yerlah sebelum ni asyik kena push jer ngan mak ayah..bayangkan fizikal anda melambangkan anda ini seseorang yang mampu berdiri di atas kaki sendiri siap leh jadi kaki buli lagi tapi hakikatnya jiwa dan akal anda tak ubah macam "orang yang melompat bile sampai kat disneyland" hehe...( maksudnye tak matakng lagi la). Bukanlah nak kate salah untuk melompat tapi bile lompat tue sampai tak sedarkan diri... akhirnye diri yang perasan hebat cam klcc tue leh jadi lebih rapuh dari rumah2 mangsa tsunami..


Jadi.. dengan adenyer rumah yang tidak seberapa ini.. dan mempunyai satu tabiat paling burok iaitu suke mendengar celoteh dan bebelan orang sekeliling ( hurm.. sape la sekeliling aku yang suke bebel erkk..tp dpt ilmu gak ape bile dengar orang bebel!!) maka akhirnya diri ini dijangkiti virus "blogger".. menulis sambil membebel bersama pembaca..dengan cara apa?? macam-macam rasenye nak kongsi dengan pembaca2 melalui pengalaman yang takde la best sgt pun dan dengan cerita kawan2 dan orang sekeliling yang banyak kita boleh ambil faedah dan pengajaran.. dengan kite mendalami karenah dan ragam sekeliling.. (cam la bagus sgt aku nih..!!) mungkin juga mengenai perkembangan dunia yang makin "vogue da vass" disekeliling kite.. dan anda pembaca2 digalak untuk memberi sebarang kritikan dan komen tapi jangan la pedas2 sangaat.. takut tak mampu nak update lagi dah blog ni.. hehehe..WELCOME TO MY WORLD!!