Karma



indahnya..

Apabila anda pernah menyayangi... anda akan disayangi
Apabila anda pernah mencintai... anda akan dicintai
Apabila anda pernah mengagumi.. anda akan dikagumi
Apabila anda pernah memaafi.. anda akan dimaafi
Apabila anda pernah mengasihi... anda akan dikasihi
Apabila anda pernah memudahi.. anda akan dimudahi
Apabila anda pernah meringani... anda akan diringani
Apabila anda pernah berbuat baik... anda akan dibuat baik
Apabila anda pernah membantu... anda akan dibantu

peritnya..

Apabila anda pernah melukai... anda akan dilukai
Apabila anda pernah membenci... anda akan dibenci
Apabila anda pernah menzalimi... anda akan dizalimi
Apabila anda pernah mengkhianati.. anda akan dikhianati
Apabila anda pernah memusuhi... anda akan dimusuhi
Apabila anda pernah menyakiti... anda akan disakiti
Apabila anda pernah menyusahkan... anda akan disusahkan
Apabila anda pernah menghancurkan... anda akan dihancurkan
Apabila anda pernah meninggalkan... anda akan ditinggalkan



kehidupan kita milik Allah swt. dia akan membalas setiap perbuatan kita di dunia lagi apatah lagi perbuatan kita itu melibatkan sesama hamba-Nya. kehidupan ini ibarat roda. kalau hari ini kita sedang menikmati kebahagiaan.. belum tentu kebahagiaan itu kekal selamanya..

yang penting kita sebagai hamba-Nya perlu bersyukur dengan nikmat yang diberikan dan redha atas setiap ketentuan yang telah ditetapkan ke atas diri kita. sabar dan tabah atas apa yang kita alami kerana setiap ujian yang ditempuhi itu ada mutiara yang akan diperolehi...!!!

 
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply